Wednesday, 10 August 2011 | By: Surau At-Tayyibah

Sejarah Surau At-Thoiyibah

Bismillahirrahmanirrahim, tanggal 12 Rabiulawal 1432 bersamaan 15 Februari menjadi saksi kepada langkah awal pembinaan sebuah lagi rumah dari rumah-rumah Allah yang mulia. Pada tanggal ini, Penduduk Taman Rembia Perkasa telah mengadakan Majlis Sambutan  Maulidurrasul dan Majlis Pelancaran pembinaan surau serta Majlis Solat Hajat Perdana oleh penduduk taman. Setelah disepakati ramai, rumah Allah yang mulia ini telah dinamakan dengan nama At-Thoiyibah, yang bermaksud kebaikan. Berikut adalah gambar aktiviti pada hari tersebut:





Majlis sambutan Maulidurrasul dan Majlis Pelancaran Pembinaan Surau

Berkeluasan 53 kaki x 55 kaki, surau ini dijangkakan dapat menampung sekitar 350-450 orang jemaah pada satu-satu masa. Kekuatan ini bersamaan degan 5 kompeni Jamaah, Masyallah,
hampir-hampir kepada 2 buah batalion infantri. 




Gambar Proses Pembianaan Surau At-Thoiyibah



Gambar Proses Pembianaan Surau At-Thoiyibah




Sebuah menara setinggi 60 kaki juga turut dibina. Pembinaan menara ini adalah melambangkan syiar ummat islam yang ingin membolehkan syariat islam disampaikan sejauh dan seluas mungkin. Penduduk Taman Rembia Perkasa amat beruntung kerana At-Thoiyibah mempunyai menara yg mana amat jarang bagi sesebuah surau untuk mempunyai menaranya sendiri.





Pelan At-Toiyibah
Mengenang kembali sabda Junjungan besar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,

مَنْ بَنَى لله مَسْجِدًا بَنَى اللهُ لُه فى الجنة مثلَهُ
(رواه مسلم)


Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina baginya di dalam Syurga (binaan) seumpamanya.”

(Hadis riwayat Muslim).

Sehingga  kini At-Toiyibah masih membuka ruang dan peluang kepada individu yang ingin menghulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit bolehlah di salurkan  ke Akaun BIMB Bank Islam bernombor 04024020856812
 di atas nama JAWATAN KUASA SURAU AT-TOIYIBAH TAMAN REMBIA PERKASA. Selain itu, sponsor bahan-bahan yang diperlukan seperti Karpet dan alatan lain amat dialua-alulkan. Bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut, ikhwan sekalian boleh menghubungi:

Ustaz Hj Mustapha Bin Mohamed       019-6172865
Ustaz Helmi Akhtar B Hj Abd Malek  013-6922327
En Khyaruddin B Khalil                       013-6129542
Ustaz Noraminuddin B Aziz                 019-6679677

Bagi proses surat menyurat, ikhwan sekalian bolehlah mengalamatkan surat kepada
USTAZ HELMI AKHTAR B HJ ABDUL MALIK
RM 1193, JLN 15, TMN REMBIA PERKASA, 
78000, ALOR GAJAH,
MELAKA

Ramadhan Menjelang Tiba






Oleh Ustaz Noraminuddin bin Azis

Seungkai Kata Untuk Dirasa


Bismillahirrahmanirrahim,Segala puji dan rasa cinta hanya selayaknya kepada Allah subhanahu wataa’ala yang tidaak putus-putus memberikan nikmat kepada hambanya yang tak henti-henti melakukan noda-noda dosa yang tak pernah tahu untuk bersyukur dengan segala nikmat yang ada malah selalu mengeluh . Segala selawat dan salam ke atas junjungan yang dikasihi lagi dicintai oleh sekelian makhluk langit mahupun bumi, Rasulullah Sallahualaihiwasallam nabi yang ummiyy. Tidak lupa juga selawat dan salam kepada sekalian sahabat-sahabat Rasullulah yang dengan gigih dan sabar menebarkan syariat islam ke seluruh pelusuk dunia dan juga kerabat rasulullah sallahualaihiwasallam.


Berbanyak-banyak rasa syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayang darinya dapat lagi kita hidup dan merasai nikmat Ramadhan almubarak yang mulia ini. Dengan limpah kurnianya juga, saya rasa bersyukur kerana dengan kekuatan dan ilmu yang diberikan oleh Hu kepada saya, dapat saya  menubuhkan blog Surau At-Thoiyibah ini dengan dorongan daripada Ustaz Hj Helmi Akhtar B Abdul Malik selaku Pengerusi Surau. Dibina pada awal 2011 dengan kos hampir mencecah RM 500, 000, Surau At-Thoiyibah telah dapat digunakan oleh penduduk Taman Rembia Perkasa untuk menunaikan ibadah berjemaah dibulan Ramadhan ini walaupun belum siap dengan sepenuhnya. Sebuah nikmat yang amat besar nilainya telah dapat dikecapi oleh sekelian penduduk Taman Rembia Perkasa dengan terbinanya sebuah lagi  rumah dari rumah-rumah Allah yang mulia yang disematkan dengan nama iaitu Surau At-Thoiyibah.
Dibina pada awal tahun 2011, Surau At-Thoiyibah sudah hampir 70 peratus siap bersama dengan kelengkapan pada awal Ramadhan. Alhamdulillah, dengan rezeki dan keredaan dari Allah, semua muslimin Taman Rembia Perkasa dapat menunaikan solat secara berjemaah bagi menyahut syiar dan ajakan Rasulullah yang menuntut kita supaya solat secara berjemaah kerana kelebihannya dan martabatnya. Sebagai bukti fadilat solat berjamaah, Rasulullah telah mengkahabrkan kepada kita dalam sebuah hadis soheh Maksudnya : Daripada Abdullah bin Umar radiallah anhuma , Sabda Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam : “Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian , dengan sebanyak 27 darjat”
  •  Riwayat Muslim , hadith no. 650 , sumber : www.dorar.net

 Di dalam bulan Ramadhan ini, segala amalan yang dilakukan oleh sekelian ummat Rasulullah sallahualaihiwasallam, akan digandakan Allah dengan ganjaran-ganjaran yang berganda-ganda daripada bulan-bulan yang biasa.  Oleh itu,ayuhlah sekelian muslimin kita sahut seruan Allah ini untuk memuliakan Bulan Ramdhan dengan mendirikan solat secara berjamaah.


Di dalam bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita meningkatkan usaha beramal dengan sepenuh ikhlas tanpa mengira berapa gandaan pahala disisi allah kerana keikhlasan itu tanda ikhsan disisi allah. wallahua'lam, segala yang baik itu datangnya dari Allah Azzawajalla yang memiliki sifat Yang Maha Sempurna dalam segala hal, manakala yang buruk itu datang dari diri yang hina daif jahil lagi banyak dosa ini. wallahua'lam

Jadual Aktiviti Surau

Carta Organisasi Surau At-Thoiyibah


Pengerusi
Ustaz Hj Helmi Akhtar B Abdul Malik

Timb. Pengerusi

Setiausaha I
En Ustz Mohd Shaharuddin B Supar

Bendahari
En Khayaruddin b Khalil

Ahli JawatanKuasa

Biro Kerohanian

Biro Penerangan

Biro Ekonomi

Biro Penyelenggaraan Peralatan

Biro Keselamatan

Biro Sosial

Biro Kebajikan

Biro Muslimat

Biro Mulltimedia

Pegawai Surau

Pegawai Syarak II

Muazzin

Siak

Carta Organisasi Surau At-Thoiyibah

Pengerusi
Ustaz Hj Helmi Akhtar B Abdul Malik

Timb. Pengerusi

Setiausaha I
En Ustz Mohd Shaharuddin B Supar

Bendahari
En Khayaruddin b Khalil

Ahli JawatanKuasa

Biro Kerohanian

Biro Penerangan

Biro Ekonomi

Biro Penyelenggaraan Peralatan

Biro Keselamatan

Biro Sosial

Biro Kebajikan

Biro Muslimat

Biro Mulltimedia

Pegawai Surau

Pegawai Syarak II

Muazzin

Siak
Sunday, 7 August 2011 | By: Surau At-Tayyibah

Seungkai Kata Untuk Dirasa

Bismillahirrahmanirrahim,Segala puji dan rasa cinta hanya selayaknya kepada Allah subhanahu wataa’ala yang tidaak putus-putus memberikan nikmat kepada hambanya yang tak henti-henti melakukan noda-noda dosa yang tak pernah tahu untuk bersyukur dengan segala nikmat yang ada malah selalu mengeluh . Segala selawat dan salam ke atas junjungan yang dikasihi lagi dicintai oleh sekelian makhluk langit mahupun bumi, Rasulullah Sallahualaihiwasallam nabi yang ummiyy. Tidak lupa juga selawat dan salam kepada sekalian sahabat-sahabat Rasullulah yang dengan gigih dan sabar menebarkan syariat islam ke seluruh pelusuk dunia dan juga kerabat rasulullah sallahualaihiwasallam.