Bismillahirrahmanirrahim,Segala puji dan rasa cinta hanya selayaknya kepada Allah subhanahu wataa’ala yang tidaak putus-putus memberikan nikmat kepada hambanya yang tak henti-henti melakukan noda-noda dosa yang tak pernah tahu untuk bersyukur dengan segala nikmat yang ada malah selalu mengeluh . Segala selawat dan salam ke atas junjungan yang dikasihi lagi dicintai oleh sekelian makhluk langit mahupun bumi, Rasulullah Sallahualaihiwasallam nabi yang ummiyy. Tidak lupa juga selawat dan salam kepada sekalian sahabat-sahabat Rasullulah yang dengan gigih dan sabar menebarkan syariat islam ke seluruh pelusuk dunia dan juga kerabat rasulullah sallahualaihiwasallam.
Berbanyak-banyak rasa syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayang darinya dapat lagi kita hidup dan merasai nikmat Ramadhan almubarak yang mulia ini. Dengan limpah kurnianya juga, saya rasa bersyukur kerana dengan kekuatan dan ilmu yang diberikan oleh Hu kepada saya, dapat saya menubuhkan blog Surau At-Thoiyibah ini dengan dorongan daripada Ustaz Hj Helmi Akhtar B Abdul Malik selaku Pengerusi Surau. Dibina pada awal 2011 dengan kos hampir mencecah RM 500, 000, Surau At-Thoiyibah telah dapat digunakan oleh penduduk Taman Rembia Perkasa untuk menunaikan ibadah berjemaah dibulan Ramadhan ini walaupun belum siap dengan sepenuhnya. Sebuah nikmat yang amat besar nilainya telah dapat dikecapi oleh sekelian penduduk Taman Rembia Perkasa dengan terbinanya sebuah lagi rumah dari rumah-rumah Allah yang mulia yang disematkan dengan nama iaitu Surau At-Thoiyibah.
Dibina pada awal tahun 2011, Surau At-Thoiyibah sudah hampir 70 peratus siap bersama dengan kelengkapan pada awal Ramadhan. Alhamdulillah, dengan rezeki dan keredaan dari Allah, semua muslimin Taman Rembia Perkasa dapat menunaikan solat secara berjemaah bagi menyahut syiar dan ajakan Rasulullah yang menuntut kita supaya solat secara berjemaah kerana kelebihannya dan martabatnya. Sebagai bukti fadilat solat berjamaah, Rasulullah telah mengkahabrkan kepada kita dalam sebuah hadis soheh Maksudnya : Daripada Abdullah bin Umar radiallah anhuma , Sabda Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam : “Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian , dengan sebanyak 27 darjat”
- Riwayat Muslim , hadith no. 650 , sumber : www.dorar.net
Di dalam bulan Ramadhan ini, segala amalan yang dilakukan oleh sekelian ummat Rasulullah sallahualaihiwasallam, akan digandakan Allah dengan ganjaran-ganjaran yang berganda-ganda daripada bulan-bulan yang biasa. Oleh itu,ayuhlah sekelian muslimin kita sahut seruan Allah ini untuk memuliakan Bulan Ramdhan dengan mendirikan solat secara berjamaah.
Di dalam bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita meningkatkan usaha beramal dengan sepenuh ikhlas tanpa mengira berapa gandaan pahala disisi allah kerana keikhlasan itu tanda ikhsan disisi allah. wallahua'lam, segala yang baik itu datangnya dari Allah Azzawajalla yang memiliki sifat Yang Maha Sempurna dalam segala hal, manakala yang buruk itu datang dari diri yang hina daif jahil lagi banyak dosa ini. wallahua'lam



0 Komen:
Post a Comment