![]() |
| Majlis sambutan Maulidurrasul dan Majlis Pelancaran Pembinaan Surau |
Berkeluasan 53 kaki x 55 kaki, surau ini dijangkakan dapat menampung sekitar 350-450 orang jemaah pada satu-satu masa. Kekuatan ini bersamaan degan 5 kompeni Jamaah, Masyallah,
hampir-hampir kepada 2 buah batalion infantri.
![]() |
| Gambar Proses Pembianaan Surau At-Thoiyibah |
![]() |
| Gambar Proses Pembianaan Surau At-Thoiyibah |
Sebuah menara setinggi 60 kaki juga turut dibina. Pembinaan menara ini adalah melambangkan syiar ummat islam yang ingin membolehkan syariat islam disampaikan sejauh dan seluas mungkin. Penduduk Taman Rembia Perkasa amat beruntung kerana At-Thoiyibah mempunyai menara yg mana amat jarang bagi sesebuah surau untuk mempunyai menaranya sendiri.
![]() |
| Pelan At-Toiyibah |
Mengenang kembali sabda Junjungan besar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,
مَنْ بَنَى لله مَسْجِدًا بَنَى اللهُ لُه فى الجنة مثلَهُ
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina baginya di dalam Syurga (binaan) seumpamanya.”
(Hadis riwayat Muslim).
Sehingga kini At-Toiyibah masih membuka ruang dan peluang kepada individu yang ingin menghulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit bolehlah di salurkan ke Akaun BIMB Bank Islam bernombor 04024020856812
di atas nama JAWATAN KUASA SURAU AT-TOIYIBAH TAMAN REMBIA PERKASA. Selain itu, sponsor bahan-bahan yang diperlukan seperti Karpet dan alatan lain amat dialua-alulkan. Bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut, ikhwan sekalian boleh menghubungi:
di atas nama JAWATAN KUASA SURAU AT-TOIYIBAH TAMAN REMBIA PERKASA. Selain itu, sponsor bahan-bahan yang diperlukan seperti Karpet dan alatan lain amat dialua-alulkan. Bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut, ikhwan sekalian boleh menghubungi:
Ustaz Hj Mustapha Bin Mohamed 019-6172865
Ustaz Helmi Akhtar B Hj Abd Malek 013-6922327
En Khyaruddin B Khalil 013-6129542
Ustaz Noraminuddin B Aziz 019-6679677
Bagi proses surat menyurat, ikhwan sekalian bolehlah mengalamatkan surat kepada
USTAZ HELMI AKHTAR B HJ ABDUL MALIK
RM 1193, JLN 15, TMN REMBIA PERKASA,
78000, ALOR GAJAH,
MELAKA






